Thursday 10 January 2013

OWH!! - Tentera terbesar dunia (Bahagian 1)

Dalam post kali ni, admin nak kongsi mengenai negara-negara yang memiliki angkatan tentera terbesar di dunia. Post ni akan dibahagi dalam dua bahagian. Jom kita lihat angkatan tentera terbesar dari ranking 10 hingga 6 dulu ye.. =)


 #10 Egypt


Kekuatan tentera - 450 000 orang



#9 Vietnam


Kekuatan tentera - 484 000 orang



#8 - Turkey


Kekuatan tentera - 514 850 orang



#7 Pakistan


Kekuatan tentera - 619 000 orang



#6 - Korea Selatan 


Kekuatan tentera - 687 000 orang



Inilah antara angkatan tentera yang terbesar di dunia. Nak tahu negara mana yang duduk di ranking 1 hingga 5. Nantikan post bahagian ke dua ye =) sekarang musim peperiksaan.. huhu tak dapat nak update banyak-banyak. Thanks for reading.  




Monday 7 January 2013

OWH!! - 9 mimpi yang orang tak suka alami


Siapa yang tak pernah mimpi malam-malam bila dia tertidur? Mesti semua pernah kan. haha So hari ini kita akan tengok 9 mimpi-mimpi yang buat jiwa kita kacau bila tidur atau diri kita tak selesa dan rasa macam real je mimpi tu. Jom kita tengok. =)

#9- Mimpi berlakunya hari kemusnahan





#8 Mimpi berjumpa dengan orang yang dah mati





#7 - Mimpi terbogel di tempat awam




#6 - Mimpi gigi tercabut





#5 - Mimpi dibedah atau dicederakan




#4 - Mimpi ditinggalkan atau becerai dengan insan tersayang



FOREVER ALONE!!

#3 - Mimpi terperangkap dalam tempat kecil




#2 - Mimpi terjatuh dari tempat tinggi




#1 - Mimpi dikejar oleh seseorang atau "sesuatu"





Haa itulah antara mimpi-mimpinya. Kadang-kadang mimpi ni bukan mimpi seram pun tapi mimpi tu dapat buat kita berpeluh dan terjaga dari tdur kan. Lagi-lagi la mimpi jatuh dari tempat tinggi dan kita pun jatuh katil sekali.. haha Enjoy!! =)

Sunday 6 January 2013

Misteri - Kota Hantu wujud di alam nyata





Bhangarh merupakan sebuah kota yang terdapat di India. Ia terletak Rajasthan iaitu antara Delhi dan Jaipur. Kenapa tempat ni dikatakan kota hantu ye? 


Nak tau apa yang ditulis dekat atas ni? Haha admin pun tak faham sepenuhnya, tapi apa yang cuba disampaikan di atas adalah "Berada di kawasan ini sebelum matahari terbit dan selepas matahari terbenam adalah dilarang sama sekali". Haa .. kan ke pelik kenapa dia cakap macam tu. Mengikut apa yang dikatakan orang tempatan, kawasan kota  itu tidak berpenghuni untuk satu tempoh masa yang lama. Malah, kebanyakan pengunjung yang berada di situ akan merasa gelisah dan tidak tenang secara tiba-tiba.  Terdapat juga beberapa percubaan suatu ketika dahulu di mana ada penduduk yang cuba membina rumah di kawasan tersebut. Namun, apabila hari siang, dilihat bumbung rumah berkenaan telah hilang sedangkan tiada ribut atau hujan yang melanda pada malam tersebut. Selain itu, terdapat juga kes orang hilang apabila mereka masuk ke dalam kota tersebut selepas matahari terbenam. Kenapa ini semua berlaku? 


Laluan ke kota hantu pada waktu malam

Mengikut penjelasan orang tempatan, kota ini telah disumpah suatu ketika dahulu semasa zaman kegemilangannya. Terdapat dua mitos bagaimana kota ini disumpah. Jom kita tengok..

#Mitos 1

Terdapat seorang pendeta atau Guru yang dikenali sebagai Guru Balu Nath. Guru Balu Nath mempersetujui pembinaan istana di kota itu namun dia telah memberi amaran jika bayang-bayang istana tersebut menyentuh dirinya, Bhangarh akan lenyap dari muka bumi. Amaran ini tidak diendahkan oleh pewaris raja kota tersebut. Kerana ketamakannya, dia telah membina sebuah istana yang tinggi dan bayang-bayang istana tersebut menutup tempat tinggal Guru Balu Nath. Disebabkan ketamakan raja tersebut, Guru Balu Nath menyumpah kota itu hilang dari muka bumi dan tidak akan muncul di muka bumi lagi. Penduduk berlari meninggalkan rumah-rumah mereka dalam masa satu malam sahaja. Sehingga hari ini, apa yang ada di Bhangarh hanyalah candi-candi lama, bangunan semasa zaman kegemilangannya tidak dapat ditemui sehingga ke hari ini.

#Mitos 2

Di Bhangarh, terdapat seorang puteri yang cantik jelita. Ketika puteri tersebut berumur 18 tahun, dia telah dipinang oleh seorang putera raja dari negara lain dan ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pada masa yang sama, terdapat seorang lelaki di wilayah Bhangarh yang menyintai puteri tersebut dalam diam. Dia tahu niatnya untuk berkahwin dengan puteri tersebut tidak akan berlaku sama sekali kerana dia hanyalah orang biasa. Jadi, dengan kemahirannya dalam bidang sihir dan black magic, dia telah menyihir minyak wangi yang dibeli oleh dayang puteri itu. Sihir itu akan membuat pemakai minyak wangi tersebut datang kepadanya dan dia mampu memuaskan nafsunya terhadap puteri itu. Malangnya, niatnya dapat dihidu oleh dayang tersebut yang nampak perbuatannya menyihir minyak wangi itu. Lalu dayang tersebut memberitahu puteri mengenai minyak wangi itu. Puteri membaling minyak wangi itu ke lantai dan ia pecah di atas sebuah batu. Dengan tiba-tiba, batu itu bergerak dengan sendiri dan datang ke arah lelaki sihir itu tadi. Batu tersebut menghempapnya dan menakibatkan kematian. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia menyumpah kota Bhangarh bahawa semua orang akan mati di dalam kota tersebut dan jiwa mereka akan kekal di situ tanpa kelahiran semula. Sumpahan itu benar-benar berlaku kerana selang beberapa tahun kemudian Bhangarh diserang oleh kerajaan ajabgarh. Semua orang terkorban termasuk puteri yang dicintai lelaki itu tadi. Terdapat satu lagu mitos yang mengatakan puteri tersebut tidak mati. Dia sempat lari ke suatu tempat yang lain dan melahirkan anak di sana. Ada orang yang mengatakan jika anak itu kembali ke Bhangarh, maka sumpahan terhadap kota itu dapat dihapuskan.

Itu serba sedikit mengenai mitos tempat ini. Antara perkara-perkara aneh yang berlaku di sini pula adalah pengunjung kadangkala akan terdengar bunyi muzik dan suasana orang menari. Selain itu, terdapat juga bintik-bintik warna yang aneh ketika mereka mengambil gambar sekitar kawasan ini.










Saturday 5 January 2013

OWH!! - Pembunuhan saintis

Siapa kata kerja sebagai seorang saintis atau pencipta tidak berbahaya? Haa.. dalam entry ni kita akan tengok beberapa saintis yang terbunuh dalam karier mereka. Dan pembunuhnya adalah... alat ciptaan mereka sendiri. Jom kita tengok.

Mizar (Flying car)



Pencipta: Henry Smolinksi

Cara kematian: Semasa Smolinksi sedang melakukan ujian penerbangan, bahagian sayap kanan Mizar tercabut dan akibatnya, mizar terhempas dan meragut nyawa penciptanya.

Eddystone Lighthouse



Pencipta: Henry Winstanley

Cara kematian: Semasa berlaku ribut, Winstanley berkeras untuk tinggal di dalam rumah api ini. Malangnya, rumah api ini tumbag dalam ribut tersebut dan membunuh Winstanley.

Glider



Pencipta: Otto Lilienthal

Cara kematian: Akibat daripada tiupan angin semasa ujian dijalankan, glider ciptaan Lilienthal terhenti dan jatuh menjunam ke daratan dengan jarak 50 kaki. Akibatnya, tulang belakang Lilienthal patah dan membunuh beliau.

 Rotary Printing Press (Alat mencetak surat khabar)



Pencipta: William Bullock

Cara kematian: Semasa menguji alatnya, kaki Bullock termasuk ke dalam mesin ini dan hancur tersepit. Kemudian berlaku jangkitan kuman pada kaki beliau yang membawa maut.

Blood Transfusion System



 Pencipta: Alexander Bogdanov

Cara kematian: Semasa proses pemindahan darah, Bogdanov telah tersalah memilih darah untuk dimasukkan ke dalam badannya. Darah tersebut sama ada tercemar atau tidak sesuai dengan tubuhnya lalu meragut nyawanya.

Submarine (Kapal Selam)




Pencipta: Horace Hunley

Cara kematian: Ciptaan ini berjaya pada awalnya. Tetapi pada satu masa, semasa Hunley melakukan rutin ujiannya, kapal selam yang dinaikinya tenggelam dan tidak timbul. Kejadian ini telah meragut nyawanya. 

Bed Lift to Aid Disable (Pengangkat Pesakit Automatik)


Pencipta: Thomas Midgley Jr

Cara kematian: Midgley telah terjerut dengan tali yang digunakan dalam pergerakan alat ini.

Five Pain Method of Torture (Kerusi Seksaan)



Pencipta:  Li Si

Cara kematian: Dia telah dituduh melakukan pengkhianatan dan diseksa di atas kerusi ini. Kemudian 5 anggota badannya dipotong dan beliau dibiarkan sehingga mati. Beliau mati akibat pendarahan yang banyak.

Parachute suit (Baju Payung Terjun)



Pencipta:  Franz Reichelt

Cara kematian: Dia melakukan terjunan daripada Eiffel Tower. Tapi malangnya payung terjun itu tidak terbuka semasa terjunan dan dia terhempas di atas tanah.

Penemuan Radium dan Polonium




Pencipta: Marie Curie

Cara kematian: Kedua-dua penemuan ini adalah bahan radioaktif tetapi Curie tidak mengambil langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan-bahan ini. Akibatnya, pendedahan kepada bahan radioaktif secara berterusan menyebabkan Curie mengalami aplistic anemia (dimana sel darah merah tidak lagi dihasilkan oleh badan) dan mati.

Jadi kematian adalah antara risiko bagi seorang saintis. Alat yang dicipta mungkin menjadi penemuan yang terhebat atau menjadi pembunuh dalam diam bagi pencipta itu. Inilah sedikit perkongsian pada hari ini =) thanks for reading.