Thursday 3 January 2013

Misteri - Pernah dengar pasal Catacomb, Paris?

Ada sesiapa pernah dengar pasal tempat ni? Sebenarnya nak dikatakan berhantu pun susah jugak sebab tempat ni menjadi salah satu destinasi pelancongan kepada sesiapa yang datang ke Paris. Tapi mengikut bualan orang tempatan (cehh macam pergi buat survey je dekat sana kan :p), tempat ni memang agak "berpenghuni" sebab ia menempatkan orang-orang yang dah mati. Jom kita tengok serba sedikit sejarah pasal tempat ni lepas tengok gambar-gambar ni.


Ruang di dalam Catacomb


Koridor yang berdindingkan tengkorak manusia


Dinding tengkorak


Koridor lagi


Tulisan di salah satu gerbang masuk


Koridor belok sikit


Ruang legar


Tengkorak asal semasa tempat ni digali


Mengikut bacaan-bacaan yang telah dibuat, sebenarnya kawasan Catacomb yang berada dibawah tanah ni adalah bekas galian orang-orang Roman. Mereka gali kawasan ni untuk mendapatkan limestone atau batu kapur sebagai bahan binaan. Selepas beberapa ketika dan dunia semakin maju, Tempat galian ini telah menjadi satu terowong yang sangat panjang iaitu lebih kurang 300km di bawah bandar Paris. Semasa zaman peperangan, terowong ini juga dijadikan sebagai kubu dan tempat berlindung bagi askar-askar. Apabila peperangan tamat, terowong ini dibiarkan kosong kembali kerana strukturnya yang tidak kukuh dan sering berlaku runtuhan. Apabila Paris semakin maju, timbul masalah kekurangan tempat pengebumian di sana. Tanah perkuburan yang biasanya berada dekat dengan gereja semakin penuh menyebabkan penduduk sekitarnya mengalami masalah. Penyebaran penyakit merupakan ancaman terbesar bagi penduduk sekitar kerana ada mayat yang tidak dikebumikan dengan sempurna. Akhirnya, kerajaan negara tersebut memutuskan untuk membuka semula terowong itu dan semua mayat dipindahkan ke situ. Upacara pemindahan mayat hanya dilakukan pada waktu malam kerana paderi di sana mengatakan itu adalah waktu yang paling sesuai. Ini kerana bagi masyarakat di sana, orang yang hidup tidak sepatutnya mengganggu orang yang telah mati ("one should leave the dead alone"). Jadi bagi menghormati mereka dan mengelakkan kejadian yang tak diingini, pemindahan rangka-rangka dan mayat dilakukan pada waktu malam. Jadi, itulah sejarah terciptanya tempat ni. Banyak perkara aneh sering terjadi di Catacomb ni memandangkan tempat ni dipenuhi dengan tulang dan rangka manusia yang dah mati. Mengikut kata orang tempatan, ada satu kisah di mana seorang lelaki bercakap besar dan memperlekehkan tempat tersebut. Lalu dia pun masuk ke dalam tempat ini bagi membuktikan keberaniannya. Akibatnya, dia tersesat di dalam tempat tersebut dan sehingga hari ini dia masih tidak keluar dari kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga penampakan cahaya di dalam gambar, bunyi-bunyian suara manusia dan perasaan diekori apabila berjalan di koridor kawasan tersebut. Terdapat juga beberapa saksi yang pernah terlihat sekumpulan bayang-bayang berjalan di koridor kawasan tersebut. Ada juga pengunjung yang pernah disentuh atau ditarik oleh sesuatu dari belakang tetapi apabila menoleh ke belakang tiada sesiapa pun di belakang mereka. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan tetapi memandangkan ia tempat orang mati, jadi mungkin ada logiknya terdapat jin dan syaitan yang suka berkeliaran di kawasan tersebut. Dan tugas mereka semestinya adalah untuk mengganggu dan menyesatkan sekalian manusia. Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang didakwa merupakan aktiviti paranormal yang terdapat semasa pengunjung sedang mengambil gambar. Jom kita layan jela kalau gambar tu tak real pun... huhu  


Cahaya yang terdapat semasa mengambil gambar. Pada hakikatnya kawasan ini berada di bawah tanah dan tak ada cahaya matahari ataupun lampu di sekitar tu. Mana datangnya cahaya tu? Flash camera mungkin?

Ni pun sama gambar cahaya juga

Yang ni pula dikatakan adalah gambar penjaga tempat ni.

Kepada viewers yang ada maklumat lebih or mungkin terperasan admin tersalah info ke mengenai tempat ni, boleh la tinggalkan komen bagi memperbetulkan apa yang tak betul atau ingin menambah pengetahuan lagi pasal tempat ni. =)

No comments:

Post a Comment