Saturday 5 January 2013

OWH!! - Pembunuhan saintis

Siapa kata kerja sebagai seorang saintis atau pencipta tidak berbahaya? Haa.. dalam entry ni kita akan tengok beberapa saintis yang terbunuh dalam karier mereka. Dan pembunuhnya adalah... alat ciptaan mereka sendiri. Jom kita tengok.

Mizar (Flying car)



Pencipta: Henry Smolinksi

Cara kematian: Semasa Smolinksi sedang melakukan ujian penerbangan, bahagian sayap kanan Mizar tercabut dan akibatnya, mizar terhempas dan meragut nyawa penciptanya.

Eddystone Lighthouse



Pencipta: Henry Winstanley

Cara kematian: Semasa berlaku ribut, Winstanley berkeras untuk tinggal di dalam rumah api ini. Malangnya, rumah api ini tumbag dalam ribut tersebut dan membunuh Winstanley.

Glider



Pencipta: Otto Lilienthal

Cara kematian: Akibat daripada tiupan angin semasa ujian dijalankan, glider ciptaan Lilienthal terhenti dan jatuh menjunam ke daratan dengan jarak 50 kaki. Akibatnya, tulang belakang Lilienthal patah dan membunuh beliau.

 Rotary Printing Press (Alat mencetak surat khabar)



Pencipta: William Bullock

Cara kematian: Semasa menguji alatnya, kaki Bullock termasuk ke dalam mesin ini dan hancur tersepit. Kemudian berlaku jangkitan kuman pada kaki beliau yang membawa maut.

Blood Transfusion System



 Pencipta: Alexander Bogdanov

Cara kematian: Semasa proses pemindahan darah, Bogdanov telah tersalah memilih darah untuk dimasukkan ke dalam badannya. Darah tersebut sama ada tercemar atau tidak sesuai dengan tubuhnya lalu meragut nyawanya.

Submarine (Kapal Selam)




Pencipta: Horace Hunley

Cara kematian: Ciptaan ini berjaya pada awalnya. Tetapi pada satu masa, semasa Hunley melakukan rutin ujiannya, kapal selam yang dinaikinya tenggelam dan tidak timbul. Kejadian ini telah meragut nyawanya. 

Bed Lift to Aid Disable (Pengangkat Pesakit Automatik)


Pencipta: Thomas Midgley Jr

Cara kematian: Midgley telah terjerut dengan tali yang digunakan dalam pergerakan alat ini.

Five Pain Method of Torture (Kerusi Seksaan)



Pencipta:  Li Si

Cara kematian: Dia telah dituduh melakukan pengkhianatan dan diseksa di atas kerusi ini. Kemudian 5 anggota badannya dipotong dan beliau dibiarkan sehingga mati. Beliau mati akibat pendarahan yang banyak.

Parachute suit (Baju Payung Terjun)



Pencipta:  Franz Reichelt

Cara kematian: Dia melakukan terjunan daripada Eiffel Tower. Tapi malangnya payung terjun itu tidak terbuka semasa terjunan dan dia terhempas di atas tanah.

Penemuan Radium dan Polonium




Pencipta: Marie Curie

Cara kematian: Kedua-dua penemuan ini adalah bahan radioaktif tetapi Curie tidak mengambil langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan-bahan ini. Akibatnya, pendedahan kepada bahan radioaktif secara berterusan menyebabkan Curie mengalami aplistic anemia (dimana sel darah merah tidak lagi dihasilkan oleh badan) dan mati.

Jadi kematian adalah antara risiko bagi seorang saintis. Alat yang dicipta mungkin menjadi penemuan yang terhebat atau menjadi pembunuh dalam diam bagi pencipta itu. Inilah sedikit perkongsian pada hari ini =) thanks for reading.

No comments:

Post a Comment