Wednesday 2 January 2013

OWH!! - 5 Top anime yang dilayan student universiti

Dalam minggu-minggu exam ni.. mesti ramai student yang stadi gila-gila punya (perempuan la biasanya.. haha).. bagi student U lelaki pula, time study week ni la nak layan movie :p antara yang movie popular yang dilayan adalah drama jepun, drama korea, movie-movie yang ada sequel macam Batman atau Harry Potter ke and yang paling sangat-sangat popular adalah ANIME. Anime ni merujuk kepada siri atau filem kartun buatan Jepun yang mempunya jalan cerita dan temanya yang tersendiri. Bagi admin, filem dan siri anime ni mungkin nampak keanak-anakkan dan tidak logik (yela ada kuasa dan mati boleh hidup semula kan...), tapi apa nilai-nilai yang nak disampaikan seperti persahabatan, pengorbanan, kesetiaan, impian mengejar cita-cita dan macam-macam lagi mudah nak diterima. Jadi, ada baiknya sebenarnya tengok anime ni tapi ada buruknya jugak, kalo untuk kanak-kanak mungkin mudah terpengaruh dengan keganasan dalam cerita tu dan untuk orang dewasa or remaja pula, akan mudah terleka dan tak buat kerja lain bila layan anime... hahaha So kat bawah ni admin ada listkan 5 anime yang pada pemerhatian admin agak popular la kat tempat admin belajar.. mungkin untuk orang lain listnya tak sama dengan admin punya.. :)

#5 Inuyasha


Dalam anime ini, ia mengisahkan tentang dunia manusia dan syaitan (atau raksasa mungkin). Seorang remaja perempuan telah terjatuh ke dalam perigi dan secara tidak sengaja telah mengambil sebiji berlian yang mempunyai kuasa luar biasa. Disebabkan itu, dia menjadi sasaran seekor lipan sebab lipan tu nak berlian tu. Dekat hujung perigi tu dia tiba-tiba tercampak dekat zaman jepun kuno. walaupun dia dah keluar dari perigi tu tadi, lipan tadi masih ikut dia lagi. Masa kene kejar, secara tak sengaja dia telah Terhidup kan makhluk yang bernama inuyasha ni. Dia ni separuh manusia dan separuh syaitan. Dia pun bunuh la lipan tu. tapi malangnya semasa pertarungan, berlian tu pecah dan serpihan-serpihannya tersebar kat sekitar kawasan jepun tu. So, cerita tu pun bermula la dimana diorang berdua ni nak cari balik serpihan-serpihan tu. Sepanjang perjalanan tu diorang jumpa la kawan-kawan yang nak ikut diorang dan macam-macam raksasa diorang jumpa. Selain itu, rupa perempuan remaja tadi ni mirip-mirip pendeta wanita yang kurung inuyasha 350 tahun dulu guna mantera dan sebagainya. So mula-mula tu gaduh-gaduh dan lama-lama diorang pun jatuh cinta. :)

 Ni la rupa lipan yang nak makan remaja perempuan tu

Ni pula gambar geng-geng Inuyasha

Kesimpulan: Apa yang cuba disampaikan dalam cerita ni adalah mengenai percintaan, persaudaraan dan sifat melindungi antara satu sama lain. Anime ni jugak nak memperkenalkan kita dengan mitos-mitos jepun seperti raksasa lipan tu. So kalau nak layan pun boleh tahan la cerita ni. haha

#4 Death Note


Yang ni mesti ramai yang penah tengok movie dia kan. haa sebenarnya ada jugak cerita ni dalam bentuk anime dan bersiri. Cerita ni mengenai Yagami Light, seorang budak yang cemerlang dan bijak yang bosan dengan kehidupan seharian diorang. Satu hari dia terjumpa buku Death Note tu dan dia pun mula memastikan kebenaran disebalik arahan-arahan yang terdapat dalam buku tu. Adakah betul nama sesiapa yang ditulis dalam buku itu betul ataupun tidak. Akhirnya apa yang ditulis benar-benar terjadi. Yagami Light ni budak yang sangat bijak, tetapi cara pemikiran dia agak drastik. Niat dia baik nak buat dunia yang tidak ada jenayah dan semua orang jahat akan dibunuh, tetapi niat tidak menghalalkan cara (ecehhh.. haha). So, seorang budak pintar yang diberi nama L cuba menghalang dia ni dari terus menyalahgunakan buku tu. Diorang takde la guna-guna kuasa macam anime lain, tapi dalam ni lebih kepada pertarungan idea dan minda. Nampak macam membosankan tapi better korang tengok dulu baru tau sejauh mana best nya cerita ni :)

Ni la L, dia ni pandai tapi perangai dia pelik la.

Kesimpulan: Anime ni cuba sampaikan walaupun niat kita baik nak buat sesuatu perkara, tetapi kadang-kadang cara kita mungkin tak betul. Lepas tu, apabila seseorang itu ada kuasa, sebijak mana pun diorang menilai, ada kemungkinan diorang akan menyalahgunakan kuasa itu. Malah, mungkin diorang akan menggunakan kuasa tu dengan cara yang lebih bijak daripada orang lain.

#3 Bleach


Anime ni pula menceritakan mengenai shinigami (ataupun malaikat maut ikut kepercayaan Jepun). Seorang remaja lelaki telah mendapat kuasa shinigami ni semasa nak tolong seorang shinigami daripada roh jahat. Secara tak sengaja dia dapat jadi separuh manusia dan separuh shinigami. Yang mengejutkan, semasa dia bertukar jadi shinigami, pedang dia bersaiz besar (saiz pedang selalunya menunjukkan kuasa yang dimiliki shinigami tersebut). Sejak itu, bermulalah pengembaraan remaja lelaki ni sebagai seorang shinigami. Mula-mula dia mengembara untuk selamatkan orang yang bagi kuasa shinigami kat dia. Sebab orang tu telah melakukan kesalahan dengan bagi dia kuasa shinigami. Selepas tu pula, dia mengembara untuk selamatkan dunia manusia daripada dirampas oleh seorang shinigami yang membelot. Sepanjang pengembaraan tu, remaja lelaki ni tadi mula mendapat berbagai-bagai kuasa yang lebih hebat dari shinigami biasa. Selain itu, sejarah hidup lelaki ni pun mula terungkai kenapa dia boleh jadi begitu hebat.

  
Ni antara kuasa yang remaja lelaki tu ada yang tak ada pada shinigami lain

Kesimpulan: Cerita ni cuba sampaikan tentang erti persahabatan dan semangat adalah segala-galanya dalam melakukan perjuangan. Selain itu, dia juga cuba sampaikan tak semestinya kita dah jadi seorang yang hebat, takkan ada orang-orang baru yang lahir lebih hebat dari kita. dan jangan kita fikir orang-orang biasa yang xde apa-apa kelebihan tu lemah, sebab kadang-kadang mereka ni lebih kuat dari yang kita tau. :) cuma kekuatan tu disembunyikan dan dikeluarkan apabila perlu sahaja.

#2 Naruto


Haa cerita ni admin takyah cerita banyak-banyak la ye.. haha sebab ramai sangat dah orang tau.. Cerita ni pasal seorang budak yang bernama naruto yang menempuh hidup dengan sumpahan (seekor raksasa ganas dikunci di dalam badan dia) dan dibenci orang ramai. Tapi dengan semangat yang dia ada, dia berjaya membuat kawan dan memanjat tangga-tangga kehidupan dia bagi menjadi seorang ninja yang handal. Cerita ni sangat bagus sebab banyak nilai-nilai yang dia cuba sampaikan.

Ni la raksasa yang ada dalam badan naruto tu

Kesimpulan: Erti persahabatan cuba ditekankan dalam siri ni. Selain itu, semangat yang tinggi perlu ada bagi mencapai sesuatu impian walaupun kadang-kadang impian tu macam tak logik dan kita tak ada apa-apa pun untuk bermula mencapai impian tu. Tapi ia tak mustahil untuk kita dapatkan sebenarnya.

#1 One Piece


Haa ni anime yang admin sendiri pun layan gila-gila.. :) huhu cerita ni membawa kita kembali ke zaman lanun dimana aktiviti lanun mula berkembang pada waktu itu. Ia bermula apabila Raja Lanun, orang yang paling kuat dan kaya dihukum bunuh dan dia mengatakan bahawa hartanya ada ditinggalkan di satu tempat. Dan jika kamu semua ingin mengambilnya, maka pergilah dan kamu akan jadi Raja Lanun yang seterusnya. Kata-kata tu telah menyebabkan ramai manusia berpusu-pusu mengembara di lautan dan menjadi lanun. Seorang budak kecil bernama Luffy secara tidak sengaja termakan buah ajaib yang tukarkan badan dia jadi getah. Luffy ni mempunyai susur galur keluarga yang hebat tapi tyme tu takde siapa tahu lagi. Bila budak ni membesar, dia pasang cita-cita nak jadi Raja Lanun. Walaupun dia bodoh, tapi semangat dia mengejar impian berjaya bawa dia hingga dikenali dunia. Admin pun masih ikut lagi cerita ni, baru sampai episod  576. Cerita ni memang best gila. Kepada peminat anime yang belum layan.. try la layan cerita ni.. serius best :)

Ni kapal yang diorang gunakan tyme awal-awal cerita ni

Selepas kapal tu musnah, ni kapal baru diorang. Nampak je camtu tapi macam-macam teknologi ada dalam kapal baru ni :)

Ni pula rupa diorang selepas 2 tahun berlatih secara berasingan.

Kesimpulannya: Cerita ni cuba sampaikan betapa pentingnya semangat berpasukan dan setiakawan. Unsur percintaan tak ada dalam cerita ni. Lawak dan serius dicampurkan dalam cerita ni. Jalan cerita pun tak membosankan. Cerita ni bagi gambaran dekat kita kenapa orang yang belayar ni pengalaman dia banyak. sebab macam-macam perkara boleh kita jumpa di lautan. 

So inilah serba sedikit pasal anime yang popular dikalangan student. Maybe tak lengkap sangat or ada yang tersalah. Andai ada pembaca yang nak tahu lebih lanjut pasal anime-anime ni boleh search dekat google je. Dalam wikipedia pun ada terang pasal anime ni :) so kepada yang nak exam gudluck!!. layan movie layan jugak tapi jangan sampai tak study pula ye... haha    

8 comments:

  1. ade salah satu pkataan...raj lanun = raja lanun har3

    ReplyDelete
  2. Jangan risau dh diperbetulkan.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Ak nk cari video anime ape plak nk tgk ni..one piece dh hbis tgk dh..kne tgu mggu dpn bru kuar episode seterusnya..naruto..fairy tail..eye sheild 21..pn sama..dh lmbat sgt nk tgu mggu dpn..akhirnya layan bleach n yakitake japan plak..tp one piece mmg plg besttt!! n eye shield 21 jgk..the besttt

    ReplyDelete
  4. Saya pula layan Attack On Titan

    ReplyDelete
  5. anime ape lagi yg best eh? sorry, newbie

    ReplyDelete
  6. One Piece mmg best. sekarang dah smpi episod 801 selepas luffy and the gang menumpaskan doflamingo

    ReplyDelete
  7. hei hei hei.... kaizukun.... arewannaru

    ReplyDelete