Friday 4 January 2013

OWH!! - Fakta yang kita tak tahu pasal Bruce Lee


Siapa yang tak kenal dengan Bruce Lee kan.. Dia ni antara lagenda dalam dunia kung fu. Sambil search internet semalam, admin terjumpe beberapa fakta menarik pasal Bruce Lee ni. Jom kita layan =)



  1.  Bruce Lee sememangnya boleh melakukan push up hanya menggunakan satu jari sahaja.
  2. Chuck Norris mengaku dalam pertarungan sebenar, Bruce Lee mampu menewaskan dia. Siapa Chuck Norris ni? Klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut. Sedikit info tentang dia ni, dia ni adalah pengamal martial arts yang hebat di America.
  3. Bruce Lee berminat dalam bidang falsafah dan dia mengamalkan konsep yin dan yang dalam pengamalan martial art dirinya.
  4. Bruce Lee boleh menumbuk dengan kelajuan 0.05 saat(kurang dari sesaat) dalam jarak 3 kaki. Betapa lajunya penumbuk dia.
  5. Bruce Lee tidak berapa suka dengan teknik Flying Kick (walaupun dia selalu melakukannya dalam filem dia) kerana dia menganggap teknik itu tidak praktikal dalam perlawanan sebenar.
  6. Hanya dengan menggunakan teknik side kick, Bruce Lee mampu menyebabkan punching bag yang seberat 300 pound (lebih kurang 136 kg) menyentuh siling tempat punching bag tu tergantung.
  7. Bruce Lee pandai menari. Dia pernah memenangi pertandingan Hong Kong Cha Cha Championship pada tahun 1958.
  8. Dengan satu tumbukan dalam jarak satu inci, Bruce Lee mampu menerbangkan orang yang berkali ganda lebih besar dari dirinya.
  9. Bruce Lee mencipta sendiri martial art yang diamalkannya iaitu Jeet Kune Do.
  10. Untuk pengetahuan, dalam kebanyakan filem Bruce Lee, babak perlawanan ditunjukkan secara slow motion kerana pergerakan Bruce Lee sangat pantas.
  11. Fakta terakhir ini pula saya dapat melalui seorang guru saya =), bagi Brucee Lee, apabila dia hendak menyepak, bukan dia yang mengawalnya tetapi kakinya itu sendiri secara automatik akan menyepak tanpa perlu dia berfikir. Ini boleh dicapai apabila anda melakukan sepakan setiap hari dan dalam bilangan yang banyak.
Sebelum berakhir, ini sedikit kata-kata hikmah dari Brucee Lee untuk pembaca-pembaca.

"If you always put limit on everything you do, physical or anything else. It will spread into your work and into your life. There are no limits. There are only plateaus, and you must not stay there, you must go beyond them."


That's all. Thanks for reading. =)

No comments:

Post a Comment