Sunday 6 January 2013

Misteri - Kota Hantu wujud di alam nyata





Bhangarh merupakan sebuah kota yang terdapat di India. Ia terletak Rajasthan iaitu antara Delhi dan Jaipur. Kenapa tempat ni dikatakan kota hantu ye? 


Nak tau apa yang ditulis dekat atas ni? Haha admin pun tak faham sepenuhnya, tapi apa yang cuba disampaikan di atas adalah "Berada di kawasan ini sebelum matahari terbit dan selepas matahari terbenam adalah dilarang sama sekali". Haa .. kan ke pelik kenapa dia cakap macam tu. Mengikut apa yang dikatakan orang tempatan, kawasan kota  itu tidak berpenghuni untuk satu tempoh masa yang lama. Malah, kebanyakan pengunjung yang berada di situ akan merasa gelisah dan tidak tenang secara tiba-tiba.  Terdapat juga beberapa percubaan suatu ketika dahulu di mana ada penduduk yang cuba membina rumah di kawasan tersebut. Namun, apabila hari siang, dilihat bumbung rumah berkenaan telah hilang sedangkan tiada ribut atau hujan yang melanda pada malam tersebut. Selain itu, terdapat juga kes orang hilang apabila mereka masuk ke dalam kota tersebut selepas matahari terbenam. Kenapa ini semua berlaku? 


Laluan ke kota hantu pada waktu malam

Mengikut penjelasan orang tempatan, kota ini telah disumpah suatu ketika dahulu semasa zaman kegemilangannya. Terdapat dua mitos bagaimana kota ini disumpah. Jom kita tengok..

#Mitos 1

Terdapat seorang pendeta atau Guru yang dikenali sebagai Guru Balu Nath. Guru Balu Nath mempersetujui pembinaan istana di kota itu namun dia telah memberi amaran jika bayang-bayang istana tersebut menyentuh dirinya, Bhangarh akan lenyap dari muka bumi. Amaran ini tidak diendahkan oleh pewaris raja kota tersebut. Kerana ketamakannya, dia telah membina sebuah istana yang tinggi dan bayang-bayang istana tersebut menutup tempat tinggal Guru Balu Nath. Disebabkan ketamakan raja tersebut, Guru Balu Nath menyumpah kota itu hilang dari muka bumi dan tidak akan muncul di muka bumi lagi. Penduduk berlari meninggalkan rumah-rumah mereka dalam masa satu malam sahaja. Sehingga hari ini, apa yang ada di Bhangarh hanyalah candi-candi lama, bangunan semasa zaman kegemilangannya tidak dapat ditemui sehingga ke hari ini.

#Mitos 2

Di Bhangarh, terdapat seorang puteri yang cantik jelita. Ketika puteri tersebut berumur 18 tahun, dia telah dipinang oleh seorang putera raja dari negara lain dan ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pada masa yang sama, terdapat seorang lelaki di wilayah Bhangarh yang menyintai puteri tersebut dalam diam. Dia tahu niatnya untuk berkahwin dengan puteri tersebut tidak akan berlaku sama sekali kerana dia hanyalah orang biasa. Jadi, dengan kemahirannya dalam bidang sihir dan black magic, dia telah menyihir minyak wangi yang dibeli oleh dayang puteri itu. Sihir itu akan membuat pemakai minyak wangi tersebut datang kepadanya dan dia mampu memuaskan nafsunya terhadap puteri itu. Malangnya, niatnya dapat dihidu oleh dayang tersebut yang nampak perbuatannya menyihir minyak wangi itu. Lalu dayang tersebut memberitahu puteri mengenai minyak wangi itu. Puteri membaling minyak wangi itu ke lantai dan ia pecah di atas sebuah batu. Dengan tiba-tiba, batu itu bergerak dengan sendiri dan datang ke arah lelaki sihir itu tadi. Batu tersebut menghempapnya dan menakibatkan kematian. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia menyumpah kota Bhangarh bahawa semua orang akan mati di dalam kota tersebut dan jiwa mereka akan kekal di situ tanpa kelahiran semula. Sumpahan itu benar-benar berlaku kerana selang beberapa tahun kemudian Bhangarh diserang oleh kerajaan ajabgarh. Semua orang terkorban termasuk puteri yang dicintai lelaki itu tadi. Terdapat satu lagu mitos yang mengatakan puteri tersebut tidak mati. Dia sempat lari ke suatu tempat yang lain dan melahirkan anak di sana. Ada orang yang mengatakan jika anak itu kembali ke Bhangarh, maka sumpahan terhadap kota itu dapat dihapuskan.

Itu serba sedikit mengenai mitos tempat ini. Antara perkara-perkara aneh yang berlaku di sini pula adalah pengunjung kadangkala akan terdengar bunyi muzik dan suasana orang menari. Selain itu, terdapat juga bintik-bintik warna yang aneh ketika mereka mengambil gambar sekitar kawasan ini.










No comments:

Post a Comment